Privasi
Notis Privasi
Bagaimana kami mengendalikan data peribadi anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kemas kini terakhir: 14 Ogos 2026.
Siapa kami
Notis ini dikeluarkan oleh Digitalize Plus Enterprise (No. pendaftaran SSM 202303050800 · JR0144285-P), pengendali laman digitalizeplus.com. Kami membina website, sistem booking dan automation WhatsApp untuk bisnes SME di Selangor dan Kuala Lumpur.
Data yang kami kumpul
Apabila anda menghantar borang hubungi atau menghubungi kami melalui WhatsApp, kami menerima:
- Nama anda
- Nombor WhatsApp anda
- Jenis bisnes anda (jika diisi)
- Kandungan mesej anda
Laman ini juga merekod data teknikal asas yang tidak mengenal pasti anda secara peribadi (contohnya halaman yang dilawati) untuk memahami prestasi laman. Kami tidak menggunakan cookie pengiklanan.
Tujuan pengumpulan
Data anda digunakan semata-mata untuk membalas pertanyaan anda, menyediakan sebut harga dan skop projek, dan berkomunikasi mengenai kerja yang anda minta. Kami tidak menjual atau menyewa data anda kepada mana-mana pihak.
Pendedahan kepada pihak ketiga
Mesej borang hubungi dihantar kepada kami melalui Telegram sebagai saluran notifikasi dalaman. Laman ini dihoskan di Vercel. Kedua-dua perkhidmatan memproses data bagi pihak kami setakat yang diperlukan untuk operasi laman sahaja.
Penyimpanan
Kami menyimpan butiran pertanyaan hanya selagi ia diperlukan untuk berurusan dengan anda. Anda boleh minta ia dipadam pada bila-bila masa.
Hak anda
Di bawah PDPA 2010, anda berhak mengakses dan membetulkan data peribadi anda, menarik balik persetujuan, dan menghadkan pemprosesan. Untuk mana-mana permintaan ini, hubungi kami di hello@digitalizeplus.com atau WhatsApp +60 11-5636 9249.
Privacy Notice (English)
This notice is issued by Digitalize Plus Enterprise (SSM registration 202303050800 · JR0144285-P), operator of digitalizeplus.com, in accordance with the Personal Data Protection Act 2010.
When you submit our contact form or message us on WhatsApp, we collect your name, WhatsApp number, business type (if provided) and message contents. We use this data solely to respond to your enquiry, prepare quotations and communicate about work you request. We do not sell or rent your data. Contact-form messages reach us via Telegram as an internal notification channel, and this site is hosted on Vercel; both process data on our behalf only as needed to operate the site. We retain enquiry details only as long as needed to deal with you.
Under the PDPA you may access and correct your personal data, withdraw consent, and limit processing. For any of these requests, contact hello@digitalizeplus.com or WhatsApp +60 11-5636 9249. Last updated: 14 August 2026.