Berapa kos buat website di Malaysia pada 2026?
Julat harga sebenar buat website di Malaysia: dari RM0 guna platform percuma sampai RM15,000 dengan agensi besar, dan kenapa jurangnya besar sangat.
Kos buat website di Malaysia pada 2026 berbeza dari RM0 sampai RM15,000 lebih, bergantung siapa yang buat dan apa yang dibina. Di Digitalize Plus, landing page bermula dari RM1,500 dan website penuh sekitar RM3,000. Artikel ini pecahkan julat pasaran supaya anda tahu apa yang anda bayar.
Kenapa harga website berbeza sangat?
Sebab "website" bukan satu produk. Landing page satu muka dengan butang WhatsApp adalah kerja beberapa hari. Website penuh dengan banyak halaman, borang, dan SEO adalah kerja beberapa minggu. Sistem di belakang website (booking, invois, automation) adalah projek software. Bila anda bandingkan sebut harga, pastikan anda bandingkan skop yang sama, bukan sekadar nombor akhir.
Apa pilihan yang ada, dan berapa kosnya?
Platform percuma atau murah (RM0 hingga RM500 setahun). Wix, Canva, atau Google Sites. Sesuai untuk mula, tapi ada had: domain pelik kalau tak bayar, susah nak ranking dalam Google, dan bila bisnes besar, anda terpaksa pindah dari awal.
Freelancer (RM500 hingga RM2,500). Boleh dapat hasil baik kalau jumpa orang betul. Risiko biasa: tiada kontrak bertulis, susah dihubungi selepas siap, dan kod atau akaun hosting bukan atas nama anda.
Agensi kecil seperti kami (RM1,500 hingga RM8,000). Harga kami bermula RM1,500 untuk landing page, sekitar RM3,000 untuk website penuh, dan RM800 hingga RM8,000 untuk sistem. Yang anda bayar: skop bertulis sebelum mula, bayaran ikut milestone, dan kod milik anda dari hari pertama.
Agensi besar (RM8,000 hingga RM15,000 lebih). Sesuai untuk syarikat dengan keperluan korporat, jenama besar, atau integrasi kompleks. Untuk kebanyakan SME, tahap ini belum perlu.
Apa yang menentukan harga sebenar?
Empat perkara utama. Pertama, bilangan halaman dan fungsi: borang, tempahan, bayaran online. Kedua, kandungan: siapa tulis teks dan sediakan gambar. Ketiga, integrasi: WhatsApp, kalendar, sistem sedia ada. Keempat, siapa pegang kod dan hosting selepas siap. Soalan terakhir ini yang paling kerap dilupakan, dan paling mahal akibatnya bila anda nak tukar vendor.
Bila berbaloi bayar lebih?
Bila website itu bukan sekadar kad nama online. Kalau customer anda buat keputusan berdasarkan kepercayaan, contohnya kontraktor renovation yang customer takut kena tipu deposit, website yang tunjuk kerja sebenar terus mempengaruhi berapa banyak tempahan masuk. Kalau bisnes anda hidup atas tempahan, sistem booking yang jalan sendiri menjimatkan masa staf setiap hari.
Macam mana nak elak bayar lebih dari patut?
Minta skop bertulis sebelum apa-apa bayaran. Di Digitalize Plus, sesi scope adalah percuma: kami dengar proses bisnes anda, cakap terus apa yang patut dibina dulu dan apa yang belum perlu, kemudian beri harga muktamad dalam proposal bertulis. Tak setuju, tak rugi apa-apa. Nak anggaran kasar dulu? Cuba kalkulator kos website percuma kami, pilih apa yang anda perlukan dan tengok julatnya terus.
Berapa kos minimum untuk website yang serius?
Sekitar RM1,500 untuk landing page yang direka khas untuk bisnes anda, dengan domain sendiri, butang WhatsApp, dan asas SEO. Lebih rendah dari itu, biasanya anda dapat template yang sama dengan beratus bisnes lain.
Website percuma boleh ranking dalam Google tak?
Boleh, tapi susah. Platform percuma biasanya lambat, strukturnya bukan untuk SEO, dan anda tak dapat kawal perkara teknikal seperti schema dan kelajuan. Untuk carian nama bisnes sendiri, cukup. Untuk carian seperti "servis aircond Shah Alam", website sendiri jauh lebih berpeluang.
Berapa lama website siap?
Landing page biasanya 1 hingga 2 minggu. Website penuh ikut skop, dan timeline dinyatakan dalam proposal sebelum kerja bermula.
Ada kos bulanan selepas siap?
Domain dan hosting sahaja kalau anda urus sendiri. Kalau nak kami jaga, Care Plan antara RM200 hingga RM500 sebulan termasuk hosting, keselamatan, backup dan update.