Apa itu WhatsApp automation untuk bisnes?
WhatsApp automation ialah mesej yang sistem hantar sendiri ikut peraturan yang anda tetapkan: pengesahan tempahan, peringatan appointment, susulan bayaran. Ini cara ia berfungsi dan berapa kosnya.
WhatsApp automation ialah bila sistem menghantar mesej WhatsApp bagi pihak bisnes anda secara automatik, ikut peraturan yang anda tetapkan. Contoh paling biasa: pengesahan tempahan sejurus customer tempah, peringatan sehari sebelum appointment, dan susulan invois yang belum dibayar. Anda tetapkan sekali, sistem jalankan setiap hari.
Apa beza WhatsApp Business biasa dengan automation?
WhatsApp Business yang percuma ada balasan automatik yang asas: mesej alu-aluan dan balasan pantas yang anda tekan sendiri. Automation sebenar pergi lebih jauh: sistem tahu customer mana yang ada appointment esok, siapa belum bayar invois, dan pakej siapa nak habis, kemudian hantar mesej yang betul kepada orang yang betul pada masa yang betul, tanpa anda sentuh telefon.
Mesej apa yang patut diautomasikan dulu?
Lima yang paling kerap memberi pulangan segera:
- Pengesahan tempahan. Customer tempah, terus dapat pengesahan. Tanpa ini, mereka mesej bertanya "dah confirm ke?", dan staf anda jawab soalan sama sepanjang hari.
- Peringatan appointment. Sehari sebelum dan pagi hari itu. Ini penyelesaian terbesar untuk no-show.
- Susulan invois. Peringatan sopan bila invois melepasi tarikh, tanpa anda rasa segan nak tanya sendiri.
- Peringatan servis berkala. Untuk bisnes seperti servis aircond, mesej "dah 6 bulan sejak servis terakhir" ialah mesin jana kerja berulang.
- Notifikasi dalaman. Lead baru dari website terus masuk ke Telegram atau WhatsApp anda, supaya anda balas dalam beberapa minit, bukan esok.
Automation ini spam ke?
Bukan, kalau dibuat betul. Bezanya niat dan sasaran: mesej pukal promosi kepada orang yang tak minta memang spam dan merosakkan nombor anda. Automation yang kami maksudkan ialah mesej servis kepada customer sedia ada tentang urusan mereka sendiri: tempahan mereka, invois mereka, servis mereka. Mesej jenis ini customer memang nak terima.
Berapa kos WhatsApp automation di Malaysia?
Sebagai modul dalam sistem, automation WhatsApp termasuk dalam julat pakej Systems kami: RM800 hingga RM8,000 sekali bayar ikut skop, contohnya tempahan dengan peringatan automatik, atau invois dengan susulan bayaran. Harga muktamad ditetapkan selepas sesi scope percuma, sebab kosnya bergantung pada apa yang nak diautomasikan dan sistem apa yang perlu disambung.
Perlu tukar nombor WhatsApp ke?
Tak semestinya. Banyak automation berjalan atas API rasmi dengan nombor bisnes anda. Semasa sesi scope, kami tengok cara anda guna WhatsApp sekarang dan cadangkan susunan yang paling murah dan patuh.
Customer boleh balas mesej automatik tu?
Boleh, dan balasan masuk terus ke WhatsApp anda macam biasa. Automation uruskan mesej rutin; perbualan sebenar kekal manusia.
Bisnes saya kecil, berbaloi ke?
Lebih kecil bisnes anda, lebih berbaloi, sebab andalah yang jawab semua mesej sekarang. Kira sendiri dengan kalkulator masa WhatsApp percuma kami: masukkan bilangan mesej rutin sehari dan tengok berapa jam sebulan yang boleh dipulangkan. Sementara belum automasi, templat mesej siap tulis pun dah jimatkan masa.
Boleh sambung dengan sistem tempahan sedia ada?
Biasanya boleh, ikut sistem apa yang anda guna. Bawa soalan ini ke sesi scope percuma dan kami jawab terus untuk kes anda.